Atas Talian | 22 Januari – Malaysia melalui Majlis Belia Malaysia (MBM) yang diwakili Sdr. Azman Azeez (Timbalan Presiden MBM) telah menghadiri mesyuarat bersama Japan Youth Council (JYC) bagi membincangkan kerjasama strategik dalam melaksanakan Global Youth Advocacy Campaign dan Democracy Youth Summit.
Sebagai makluman, Malaysia kini memegang jawatan Naib Pengerusi Interim bagi Commonwealth Asia Youth Alliance (CAYA), sebuah inisiatif baharu yang menghimpunkan lapan negara anggota iaitu Malaysia, Sri Lanka, Bangladesh, Maldives, Singapura, India, Pakistan, dan Brunei Darussalam. Jawatan ini akan dipegang sehingga pemilihan rasmi dijalankan.
MBM menzahirkan komitmen untuk terus memperkasa belia di peringkat serantau dan global, selaras dengan aspirasi memperkukuh peranan belia dalam advokasi isu-isu global dan mempromosikan nilai-nilai demokrasi.
