KUALA LUMPUR 12 Mei – Jawatankuasa Tetap Hari dan Minggu Belia Negara (HMBN) Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan mesyuarat kali pertamanya di Wisma MBM.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Sdr. Mohd Fairos Rusli Timbalan Presiden MBM merangkap Pengerusi jawatankuasa HMBN.
Antara perkara dibincangkan adalah mengenai penyelarasan di peringkat MBM dan gerak kerja jawatankuasa terhadap sambutan Hari Belia Negara tidak lama lagi.