KUALA LUMPUR 28 Nov – Telah berlangsung Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Antarabangsa Majlis Belia Malaysia (MBM) bertempat di Wisma MBM baru-baru ini.
Mesyuarat bagi membincangkan mengenai perancangan program antarabangsa MBM bersama jaringan badan belia di peringkat antarabangsa bagi tahun 2024 dan seterusnya.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Presiden MBM, Sdr. Mohd Izzat Afifi Hj Abd Hamid.
Hadir sama Setiausaha Agung Asian Youth Council (AYC), Dr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee; Setiausaha Agung Committee for ASEAN Youth Cooperation (CAYC), Sdr. Mohd Zaidi Aziz dan Penolong Setiausaha Agung MBM, Sdr. Abu Kadir Mubarak Ali.