KUALA LUMPUR 2 Nov – Jawatankuasa Penaja OIC Youth Forum Malaysia telah mengadakan mesyuarat istimewa pertama bersama Mr Taha Ayhan, Presiden OIC Youth Forum (ICYF) dan delegasi lainnya yang beribu Pejabat di Istanbul.
Mesyuarat dipengerusikan Tuan Jufitri bin Joha selaku Pengerusi Jawatankuasa OIC Youth Forum Malaysia. Turut hadir bersama adalah jawatankuasa OIC Youth Forum Malaysia yang terdiri daripada pimpinan belia yang telah bersama awal penubuhan entiti ini. Agenda utama sebagai salam perkenalan daripada OIC Youth Forum Malaysia serta mendengar taklimat berkenaan struktur dan perkembangan ICYF.
Sebanyak 57 negara OIC bergabung membentuk pertubuhan ini di peringkat antarabangsa. Belia OIC akan terus berkerjasama rapat untuk memastikan agenda ummah secara global ditangani, diangkat dan diberikan perhatian. Mesyuarat turut menyambut baik saranan daripada Mrs Ceren Cerci, pengurus pejabat sekretariat ICYF untuk mengadakan Webinar khas bagi menerangkan keseluruhan ekosisem ICYF. Semoga kerjasama baik begini dapat berterusan.