DALAM TALIAN 12 Nov – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah dijemput menghadiri mesyuarat bersama Jabatan Penjara Malaysia yang dipengerusikan oleh TKP Zaidi Hamid, Pengarah Banduan / Tahanan Radikal dan Berisiko Tinggi.
Mesyuarat telah disertai oleh Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM, Sdr. Syerhan Nizam, Naib Presiden MBM dan Sdr. Mohd Hakimi, Exco MBM.
Antara perkara dibincangkan adalah mengenai kerjasama bagi pelaksanaan Program Pemulihan Deradikalisasi kepada banduan yang dalam tempoh tahanan.