KUALA LUMPUR 26 Mac – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid telah menghadiri Mesyuarat Lembaga Amanah Yayasan Pusat Belia Antarabangsa (YPBA) kali ke-103 bertempat di Pusat Belia Antarabangsa.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Dr. Nagulendran Kangayatkarasu, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan merangkap Pengerusi Yayasan YPBA.
Hadir sama Pengarah Pusat Belia Antarabangsa, Dr. Mohamed Maliki Mohamed Rapiee dan ahli-ahli lembaga amanah yang lainya.




