MAJLIS BELIA MALAYSIA

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja MBM Kali Pertama Sesi 2022-2024

Kuala Lumpur | 26 Mac – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja MBM Kali Pertama Sesi 2022-2024 yang telah dipengerusikan oleh Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, Presiden MBM. Mesyuarat berlangsung di Le Quadri Hotel.

Turut hadir Encik Mohd Uzaini Mohamad Sani, Pengarah Bahagian Pembangunan Sosial, Jabatan Belia dan Sukan (JBSN).

Mesyuarat telah membincangkan mengenai penyelarasan gerak kerja dan pembahagian jawatankuasa kepada kepimpinan MBM pada sesi kali ini.

Seramai tujuh orang Ahli Jawatankuasa Kerja baharu telah dilantik menganggotai barisan kepimpinan sesi ini.

Presiden MBM turut menyampaikan amanat kepada barisan Ahli Jawatankuasa Kerja MBM untuk terus bergerak dengan mengadakan kunjung hormat kepada agensi – agensi berkaitan bagi memastikan ruang kerjasama dapat diteruskan.

Selain itu, beliau juga berharap jawatankuasa yang ada perlu memberi peluang kepada belia dibawah 30 tahun sebagai generasi pelapis MBM dengan melantik menjadi ahli didalam biro

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »