PORT DICKSON 27 Mei – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja kali ke-4 Sesi 2022-2024 bertempat di Hotel Corus Hotel Port Dickson.
Mesyuarat sempena berlangsungnya sambutan Hari Belia Negara 2023 ini dipengerusikan oleh Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, Presiden MBM.
Turut hadir Pegawai Bahagian Pembangunan Belia Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Encik Kamarul Ariffin.













