KOTA KINABALU 15 Julai – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja kali ke-2 sesi 2022-2024 bertempat di Hotel Klagan di sini.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid, Presiden MBM.
Mesyuarat kali ini memberi fokus kepada sambutan Hari Belia Negara melibatkan kehadiran YAB Perdana Menteri selain gerak kerja Exco MBM dan beberapa isu pembangunan belia.
Mesyuarat turut mengucapkan terima kasih kepada Majlis Belia Sabah sebagai tuan rumah.