KUALA LUMPUR 29 Oktober – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Kerja kali pertama bagi sesi 2020-2022 bertempat di Hotel Royale Chulan.
Mesyuarat berlangsung secara fizikal setelah sekian lama tidak dapat dilaksanakan ekoran pandemik semasa.
Presiden MBM, Sdr. Jufitri Joha mempengerusikan mesyuarat yang membincangkan agenda pembangunan belia termasuk sambutan Hari Belia Negara melibatkan kehadiran YAB Perdana Menteri.
Hadir sama Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Belia Jabatan Belia dan Sukan Negara, Dr. Zainah Shariff.