PETALING JAYA 8 Julai – Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Hasnul Haniff Harun telah hadir mewakili Presiden MBM ke Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan Koperasi Belia Nasional Berhad (KOBENA) kali ke-35 di Wisma Ungku Aziz, Petaling Jaya.
Turut berlangsung sesi menandatangani MoU di antara KOBENA dan empat syarikat usahasama.
Kehadiran MBM atas undangan Pengerusi KOBENA, Dato’ Dr. Suhaimi Ibrahim selain komitmen MBM dan KOBENA bersinergi dalam mengangkat ekonomi dan kesejahteraan belia.




