KUALA LUMPUR 30 Sep – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid telah menghadiri Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan Persatuan Asrama Belia Malaysia (MYHA) kali ke-13 Tahun 2022 bertempat di Hotel Adamson di sini.
Persidangan bagi memenuhi tuntutan Perlembagaan dan Pendaftar Pertubuhan Belia ini dihadiri perwakilan MYHA dari seluruh negara.
Terdahulu turut berlangsung majlis pengiktirafan Malam Anugerah MYHA bagi menghargai jasa pimpinan MYHA.
Tahniah MYHA dibawah kepimpinan Sdr. Mohd Faiz Mat Zin atas penganjuran Mesyuarat Agung Tahunan ini.
Semoga MYHA terus bersama kukuh memperkasa belia Malaysia.