MAJLIS BELIA MALAYSIA

Mesyuarat Agung Tahunan MAPIM Kebangsaan 2023

KUALA LUMPUR 5 Mei – Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Hasnul Haniff Harun telah mewakili Presiden MBM merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Mimbar Permuafakatan Ibubapa Malaysia (MAPIM) Kebangsaan 2023 di Pusat Belia Antarabangsa Cheras.

MAPIM merupakan NGO yang berfungsi membentuk kemahiran, keilmuan keibubapaan dan kekeluargaan dalam usaha menggerakkan hala tuju perubahan atas landasan pembinaan perpaduan keluarga dan masyarakat. MAPIM mempunyai cawangan seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

MBM mengucapkan terima kasih atas undangan ini dan berharap MAPIM Kebangsaan terus maju jaya seterusnya menyumbang kepada masyarakat yang progresif.

Hadir sama Presiden MAPIM Kebangsaan, Dato’ Ahmad Darus (mantan Setiausaha Politik YB Dato’ Reezal Merican Naina Merican) serta perwakilan MAPIM dari seluruh negara.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »