MAJLIS BELIA MALAYSIA

Mesyuarat Agung Tahunan ke-62 MAYC Kebangsaan

KUALA LUMPUR 16 Mac – Kepimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan ke-62 Persatuan Kelab-Kelab Belia Malaysia (MAYC) Kebangsaan yang berlangsung di Pusat Belia Antarabangsa di sini.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Datuk Azman Abidin, Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri.

Sempena MAT ini juga turut diadakan;

Sambutan Jubli Perak 70 Tahun MAYC Kebangsaan yang dirasmikan oleh YB Nik Nazmi Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.

Majlis Berbuka Puasa MAYC Kebangsaan bersama YB Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia.

Pada majlis ini juga, YB Menteri turut menyampaikan Pingat Jasa Cemerlang kepada mantan pemimpin-pemimpin MAYC sebagai mengenang jasa bakti ahli-ahlinya.

Tahniah Sdr. Al-Hafizi Hj Abu Bakar dan barisan kepimpinan MAYC Kebangsaan atas kejayaan pelaksanaan MAT kali ini.

Semoga MAYC terus mantap bersama dalam menyediakan anak muda pelapis kepimpinan negara.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »