Kota Bharu | 19 Julai – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Kali Pertama Majlis Gabungan Belia Kelantan (MGBK) bertempat di Dewan Malaysia Kompleks Belia dan Sukan (KOMBES) Kelantan.
Mesyuarat tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan, YBhg. Mohd Saipuddin Zakaria.
MBM diwakili oleh Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM.
MGBK telah memilih Sdr. Mohd Syahiran Muhammad sebagai Presiden bagi sesi 2023- 2025.





