MAJLIS BELIA MALAYSIA

Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-7 Alumni Majlis Belia Malaysia

KUALA LUMPUR 14 Sep – Tahniah kepada Alumni Majlis Belia Malaysia atas penganjuran Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-7 yang berlangsung di Hotel Steg malam tadi.

Mesyuarat dipengerusikan oleh YB Dato Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, Presiden Alumni MBM merangkap Timbalan Menteri Dalam Negeri.

Seramai 40 orang perwakilan Alumni MBM Negeri dari seluruh Malaysia hadir ke persidangan ini.

Turut hadir Presiden MBM, Sdr. Mohd Izzat Afifi Hj Abd Hamid.

Presiden MBM dalam ucapannya mengalu-alukan jaringan kerjasama antara MBM dan Alumni MBM.

“Gandingan pemimpin berpengalaman dan semangat pemimpin muda pasti dapat membawa suara dan isu rakyat dengan lebih lantang”, ujarnya.

Alumni MBM adalah pertubuhan yang menghimpunkan mantan-mantan pemimpin dan aktivis belia di Malaysia.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »