MAJLIS BELIA MALAYSIA

Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-13 Majlis Belia FELDA Malaysia

BANGI 28 Jan – Telah berlangsung Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) kali ke-13 Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM) hari ini bertempat di Hotel Tenera, Bangi.

Perasmian disempurnakan oleh YB Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Menteri Perladangan dan Komoditi.

Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid turut hadir dan meraikan para perwakilan persidangan ini.

MAT MBFM yang berlangsung dari 26-28 Januari ini berjalan dengan jayanya melibatkan 250 perwakilan dan pemerhati dari 11 Wilayah Felda seluruh negara.

Pada pemilihan MAT ini juga Sdr. Ahmad Faizal Sulaiman telah diangkat sebagai Presiden MBFM yang baharu.

Beliau menggantikan Sdr. Muhammad Fadzli Hasan yang memimpin MBFM dari 2017-2023.

Turut hadir Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Pengerusi FELDA.

Sebagai badan gabungan antara terkuat dan mengakar di dalam MBM, diharap kepimpinan baharu ini terus aktif memperkasa generasi muda Felda.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »