MAJLIS BELIA MALAYSIA

Mesyuarat Agung Tahunan 2023 Persatuan Belia Xiang Lian Malaysia

KUALA LUMPUR 16 Sep – Tahniah Persatuan Belia Xiang Lian Malaysia atas penganjuran Mesyuarat Agung Tahunan 2023 yang berlangsung di Pusat Komersial Bersepadu (ICC) Pudu di sini.

Majlis perasmian disempurnakan oleh YB Puan Jamaliah Jamaluddin, Exco Kerajaan Negeri Selangor yang mewakili Menteri Pengangkutan, YB Loke Siew Fook.

Dalam majlis tersebut, beliau turut meluluskan peruntukkan sebanyak RM10,000 sebagai dana untuk acara tersebut.

Hadir sama Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Mohd Izzat Afifi Hj Abd Hamid; Presiden Persatuan Belia Xiang Lian, Sdr. Lau Choon Xian serta kepimpinan Belia Xiang Lian.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »