KUALA LUMPUR 26 Jun – Telah berlangsung Mesyuarat Agung Pertama Persatuan Belia Kreatif Malaysia (BeKreatif) secara dalam talian yang dibidani penubuhannya oleh Majlis Belia Malaysia (MBM).
Ia bertujuan mengumpulkan suara dan kelompok anak muda seni daripada 5 bidang utama seperti filem & animasi, seni lukisan, seni persembahan, rekacipta dan muzik.
BeKreatif sebulat suara melantik saudara Khairul Rizam sebagai Presiden dan saudara Rosli Madun (penggiat seni) sebagai penasihat.
Sdr. Jufitri Joha, Presiden MBM dan Sdri. Kavita Maheendran, Exco MBM hadir sebagai pemerhati.