KUALA LUMPUR 7 Sep – Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) merangkap Pengerusi Biro Perindustrian Ekonomi dan Keusahawanan, Datuk Syed Osman Mohamed telah menghadiri Majlis Perasmian Mercu Aspirasi Keusahawanan Bumiputra bertempat di Hotel Premiera, Jalan Raja Laut.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Wira Dr Asraf Wajdi Dato Dusuki.
Majlis yang dihadiri usahawan bumiputera, agensi kerajaan, NGO, pemain industri dan syarikat swasta turut menyaksikan pertukaran MOU di antara MARA dengan PETRONAS Dagangan Berhad dan Pelancaran Skim Pembiayaan Usahawan Professional (ProSPEC 2.0).
Mercu 2023 adalah antara satu daripada pelbagai komitmen dan platform diusahakan MARA untuk membantu memperkasakan ekonomi dengan memartabatkan produk usahawan tempatan, sebagai One Stop Centre untuk mendapatkan maklumat tepat mengenai ekosistem MARA, merangkumi Keusahawanan dan Pendidikan.
MBM menyeru usahawan muda IKS supaya mengambil peluang ini dalam meningkatkan dan meluaskan perniagaan.