MAJLIS BELIA MALAYSIA

Menjunjung Kasih Kepada Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja

Majlis Belia Malaysia (MBM) menjunjung kasih atas keprihatinan dan kemuafakatan DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong DYMM dan DYMM Raja-Raja Melayu atas kehidupan rakyat yang tersepit dan menderita akibat pandemik Covid 19.

MBM menggesa pihak Kerajaan dan pihak berkenaan mengambil berat dan tindakan tuntas terhadap kebimbangan dan keprihatinan DYMM Raja-Raja Melayu dengan penekanan kepada melancarkan proses vaksinasi, menggandakan usaha pemulihan ekonomi dan meredakan suhu politik negara.

MBM juga mengambil serius akan kesepakatan DYMM Raja-Raja Melayu dan akan terus menyinsing lengan membantu keperluan belia dan rakyat.

MBM menjunjung kasih akan keprihatinan DYMM Raja-Raja Melayu dan mendoakan agar institusi raja terus memainkan peranan sebagai pancuran keadilan kepada rakyat jelata.

#rajadanbeliaberpisahtiada

JUFITRI JOHA

Presiden

Majlis Belia Malaysia (MBM)

Tarikh: 17 Jun 2021

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »