Sepang 8 Okt – Dalam ucapan dasar Presiden MBM bertajuk “Memperkukuh Idealisme Mengisi Perubahan” ini memfokuskan kepada tiga bahagian penting iaitu cabaran, sumbangan dan harapan Majlis Belia Malaysia dalam mengisi realiti perjuangan memartabat belia Malaysia.
Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan MPAT MBM Kali Ke 106 ini berlangsung pada 4 hingga 6 Oktober 2018 bertempat di MovenPick Hotel Dan Convention Centre KLIA, Sepang Selangor dimana dirasmikan oleh YB. Syed Saddiq Syed Abd Rahman Menteri Belia Dan Sukan Malaysia.
Untuk MPAT MBM kali ini dipengerusikan oleh Pengerusi Tetap Sdr. Mohd Syahbuddin Hashim dan untuk kali ini berlaku sesi pemilihan untuk sesi 2018 – 2020.