MAJLIS BELIA MALAYSIA

Memperkasa kumpulan Belia Awal : Kolaborasi MBM-KPM bakal gilap mutu kepimpinan dan nilai kesukarelawanan

PUTRAJAYA 2 Julai – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah dijemput ke satu sesi pertemuan strategik bersama Pengarah Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian (BSKK), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Encik Ithnin Mahadi di Kompleks E, Putrajaya semalam.

Pertemuan ini bertujuan membincangkan jalinan kerjasama antara MBM dan BSKK melalui Program Generasi Madani dalam memperkukuh penglibatan kempulan belia awal melalui aktiviti kepimpinan, kesukarelaan dan pembangunan sahsiah secara lebih menyeluruh dan berimpak.

MBM diketuai oleh Sdr. Hasnul Haniff Harun, Naib Presidennya bersama Exco MBM, Sdr. Ralph Gan; Sdr. Tc. Sivanesan Tamil Selvam dan Sdr. Syahir Abd Razak yang turut serta dalam perbincangan tersebut.

Kerjasama ini dilihat sebagai satu usaha strategik ke arah memperkasa pembangunan belia melalui pendidikan tidak formal serta memperluas jaringan antara institusi pendidikan dan gerakan belia tanah air.

MBM amat menghargai kesediaan pihak KPM untuk berkolaborasi dalam usaha membentuk generasi muda yang berdaya saing, berkarakter dan bertanggungjawab terhadap pembangunan negara selain pendedahan awal kepada persatuan belia.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »