MAJLIS BELIA MALAYSIA

Memperingati 93 Tahun Sumpah Pemuda Indonesia

KUALA LUMPUR 28 Oktober – Pimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) memenuhi undangan BP Komite Nasional Pemuda Indonesia BP KNPI MALAYSIA dan Pak Tengku Adnan sama-sama memperingati 93 Tahun Sumpah Pemuda Indonesia.

Sumpah ini mempunyai landasan sejarah kepada pembentukan Indonesia dan menjadi acara tahunan yang penting.

Presiden MBM turut diberikan ruang menjadi pemateri mengulas tentang kepentingan sumpah ini dan jalan kehadapan kerjasama serumpun bagi memperkuatkan agenda bersama.

Usaha ini serba sedikit membantu diplomasi lunak (soft diplomacy) bagi memperkukuhkan hubungan dua hala Indonesia – Malaysia.

Turut sama Pak Yoshi Iskandar wakil Kedutaan Besar Indonesia di Kuala Lumpur, Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun, Naib Presiden MBM, Sdr. Sherhan Nizam Abdul Aziz dan Exco MBM Datuk Syed Osman.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »