KUALA LUMPUR 5 Nov – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Allianz Malaysia berkaitan kolaborasi Perlindungan Tenang bertempat di Allianz Sentral.
Ianya sebuah inisiatif dalam memberi bantuan kepada golongan B40 yang dinamakan Perlindungan Tenang. Skim perlindungan ini disediakan tanpa bayaran dan ditanggung oleh Kerajaan.
Peluang kepada semua belia untuk mendapatkan perlindungan sehingga 2 tahun sekiranya anda berdaftar awal.
Borang permohonan boleh dapati melalui pautan dibawah.
MBM diwakili oleh Presidenny, Sdr. Jufitri Joha dan Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun manakala Allianz Malaysia diwakili Mr. Sean Wang CEO dan Mr. Horst H. Habbig Chief Sales Officer.