MAJLIS BELIA MALAYSIA

Memorandum Majlis Belia Malaysia kepada kerajaan Malaysia berhubung isu Palestin

Gencatan senjata antara pihak HAMAS dengan Rejim Zionis baru sahaja termeterai sekaligus menghentikan perang yang menyebabkan ramai nyawa yang tidak berdosa terbunuh. Selain penyelesaian jangka pendek, isu yang sudah berlarutan semenjak 1949 memerlukan strategi penyelesaian jangka panjang bagi mengembalikan semula 2/3 keamanan dunia. Kunci kepada kestabilan dan keamanan dunia banyak bergantung kepada isu Palestin – Israel dengan pengiktirafan kemerdekaan Palestin perlu dimuktamadkan segera.

Bersesuaian dengan kecaknaan dan moto Bertindak Demi Kebenaran dan Keadilan, maka Majlis Belia Malaysia (MBM) terpanggil untuk sama-sama memainkan peranan aktif meletakkan noktah kepada konflik kemanusiaan ini.

Justeru, pihak MBM mencadangkan agar:

1.) Kerajaan terus memainkan peranan proaktif menggunakan saluran sah yang ada bagi memastikan Palestin segera diiktiraf menjadi sebuah negara yang merdeka berdaulat;

2.) Kerajaan mengambil langkah tindakan proaktif agar menggesa United Nations (UN) menghantar tentera pengaman bagi menjadi pemerhati gencatan senjata sambil melindungi keselamatan penduduk awam Palestin;

3.) Wisma Putra memulakan langkah yang lebih agresif bagi mengheret Israel ke muka pengadilan International Criminal Court (ICC) atas jenayah perang kemanusiaan yang telah dilakukan sekian lama terhadap rakyat Palestin walaupun Malaysia bukan state party kepada Rome Statute;

4.) Wisma Putra mengambil langkah untuk membawa agenda pembaharuan UN khususnya Majlis Keselamatan seperti menyemak semula keanggotaan tetapnya yang tidak seimbang sekaligus menafikan tertegaknya keadilan sejagat. Negara OIC sebagai contohnya wajar diwakil oleh satu kerusi keanggotaan tetap Majlis Keselamatan;

5.) Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan MBM berganding usaha melatih diplomat belia pelbagai kaum dan agama sebagai duta keamanan mengadvokasi isu Palestin dan konflik-konflik lain agar masyarakat dunia menghentikan perbalahan demi mencapai keamanan sejagat;

6.) Pihak KBS, MBM dan pemegang taruh mempromosi dan menganjurkan dialog peradaban atau inter-civilizational dialogue dalam kalangan belia di dunia bagi meningkatkan persefahaman dan mutual respect serta hidup dengan penuh kerukunan dan kedamaian;

7.) Menganjurkan Muslim-Christian-Jewish Youth Congress mengumpulkan belia daripada tradisi Abrahamic Faith yang menyokong perjuangan rakyat Palestin dan menolak agenda jahat Zionis sekaligus meningkatkan persefahaman dan kerjasama untuk kedamaian dunia;

8.) Menjenamakan Malaysia sebagai pusat peradaban di mana rakyatnya yang majmuk dapat hidup dan membina negara bersama;

9.) KBS mempertimbangkan menghantar misi kemanusiaan MyCorps untuk pembangunan semula Gaza apabila keadaan mengizinkan.

Bertarikh : 14 Jun 2021

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

MEMORANDUM

MALAYSIAN YOUTH COUNCIL TO THE GOVERNMENT OF MALAYSIA

REGARDING THE PALESTINIAN ISSUE

A ceasefire between HAMAS and the Zionist regime had just been enacted thus ending the war that had cost the lives of innocents. Despite being a short-term solution, this issue that has persisted since 1949 requires a long-term solution strategy to restore two-thirds of global peace. The key to global peace and stability depends on the Palestine – Israel issue in which the recognition of the Palestinian Independence needs to be immediately finalized.

In accordance to the Acting Upon Truth and Justice motto, Malaysian Youth Council (MBM) hence is called upon to play an active role to put a full stop on this humanitarian conflict.

Therefore, MBM suggests that:

1.) The government continue to take a proactive role in utilising all available channels to ensure Palestine is quickly recognized as a sovereign state;

2.) The government take proactive action to usher the United Nations (UN) in deploying peacekeepers to observe the ceasefire and safeguard the Palestinian citizens;

3.) Wisma Putra takes a more aggressive approach in dragging Israel to the International Criminal Court (ICC) based on its countless war crimes that it had committed towards the Palestinian people despite Malaysia not being a state party to the Rome Statute;

4.) Wisma Putra paves the way in introducing a UN reformation agenda especially the Security Council such as reassessing its current unequal members which is responsible in the failure of securing peace in the region. Members of the OIC for example should be granted a permanent seat at the Security Council;

5.) The Ministry of Youth and Sports (KBS) and MBM join forces in training multi-racial and multi-cultural youth diplomats as peace ambassadors in advocating the Palestinian issue and other conflicts for the global community to put aside their differences and enjoy peace.;

6.) KBS, MBM and other stakeholders promotes and hosts inter-civilizational dialogues amongst the youths in the world to improve mutual understanding and respect as well living a harmonious life;

7.) Host a Muslim – Christian – Jewish Youth Congress gathering youths from the Abrahamic Faiths tradition who supports the Palestinian cause and rejects the evil Zionist agenda which in turn will increase mutual understanding and cooperation for global peace;

8.) Brand Malaysia as the centre of civilization in which its multi-cultural citizens can coexist and build the nation together;

9.) KBS considers sending a MyCorps humanitarian mission to aid Gaza’s redevelopment when a suitable time permits.

Date : 14th June 2021

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »