MAJLIS BELIA MALAYSIA

Membentuk Pemimpin Masa Depan Melalui Kursus Kepimpinan Skuad MIB300

Ipoh, 20 September 2015 – Skuad MIB 300 merupakan sebuah ilham MBM dalam menyediakan sekurang-kurangnya 300 pemimpin muda menjelang 2018. Ia selari dengan Dasar Belia Malaysia  yang dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri pada 15 Mei 2015 lalu di mana had umur belia ditetapkan di antara 15-30 tahun menjelang 2018. Bagi mencapai sasaran tersebut, Majlis Belia Negeri Perak telah menganjurkan Kursus Kepimpinan Skuad MIB300 Peringkat Negeri Perak pada 18 hingga 20 September 2015 di Institut GPMS. Seramai 77 orang peserta telah terlibat didalam kursus tersebut yang mewakili pertubuhan belia Peringkat Negeri. Program ini telah melibatkan belia dari daerah Gerik, Batang Padang, Hilir Perak  dan Ipoh seramai 77 orang peserta.  Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YB. Datuk Shahrul Zaman Bin Yahya,  Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Belia Dan Sukan Perak.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »