KUALA LUMPUR 15 November – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menganjurkan Sidang Meja Bulat : Belia dan Agenda Tahun Melawat Malaysia 2020 bertempat di Wisma MBM di sini.
Sidang dipengerusikan Presiden MBM, Sdr. Jufitri Joha ini bertujuan mendapatkan maklum balas dan berkongsi ruang serta peluang kepada golongan belia agar dapat sama dalam menjayakan agenda Tahun Melawat Malaysia 2020.
Turut hadir Datin Sri Norfaliza Ismail, Ketua Unit Khas Kementerian Pelancongan (MOTAC) yang membentangkan perancangan kementerian. Beliau turut mempelawa persatuan belia mengambil bahagian dalam menjayakan agenda besar ini.
Hadir sama Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun, Exco MBM Sdr. Hasanul Amir Abdul Halim, Presiden Persatuan Asrama Belia (MYHA), Sdr. Ismail Mahyuddin dan kepimpinannya serta Presiden Majlis Belia Orang Asli, Sdr. Clive Allen.