MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBNT rayu peluang lebih besar

KUALA TERENGGANU –  Majlis Belia Negeri Terengganu (MBNT) mahu kerajaan membuka peluang yang lebih luas kepada golongan belia yang mempunyai kelulusan dalam bidang kemahiran untuk berkhidmat dalam sektor awam.

Pengerusinya Zaidi Muda berkata, ketika ini kerajaan dilihat lebih cenderung untuk mengutamakan pengambilan pekerja awam berasaskan kelayakan akademik.

“Justeru saya berharap agar Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan memberi ruang lebih luas kepada golongan ini, untuk jawatan teknikal seperti juruteknik dan penolong jurutera.

“JPA sepatutnya turut mengiktiraf sijil dari institusi kemahiran lain seperti Giat Mara, Institut Latihan Perindustrian dan Institut Kemahiran Belia Negara selain sijil dari Politeknik,” katanya kepada Bernama hari ini.

Kebanyakkan lulusan dari institusi kemahiran ini akan bekerja dalam syarikat swasta atau memulakan perniagaan sendiri berbanding menjadi penjawat awam kerana kekangan akademik yang dihadapi.

Zaidi berkata, perkara ini perlu diperhalusi kerana ia hanya merugikan negara akibat sumber manusia dalam bidang kemahiran itu tidak dapat diterokai sepenuhnya hanya disebabkan belia terbabit tidak cemerlang dalam akademik.

“Kita menyambut baik langkah kerajaan yang telah menubuhkan pelbagai jenis institusi kemahiran untuk belia keciciran akademik melanjutkan pelajaran dalam bidang teknikal yang lain.

“Namun, besar harapan kita agar mereka ini turut mendapat tempat dalam perkhidmatan awam dan tidak hanya bekerja di sektor swasta atau bekerja sendiri sahaja, demi masa depan mereka,” katanya. – Bernama

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »