Negeri Sembilan, 18 Jan 2014 Kunjungan MBNNS dan YB.Dato’ Exco Belia NS melawat Adik Fadhil 19 tahun mengidap penyakit J.E. MBNNS hadir membawa Jenset bagi membantu keluarga ini kerana Fadhil perlu alatan bantuan pernafasan sepanjang masa dan akan hadapi masalah bila ketiadaan elektrik. Jenset ini bagi membantu keluarga ini apabila ketiadaan elektrik kerana alat bantuan Fadhil mesti sentiasa berfungsi. MBNNS juga membantu kakak Fadhil yang berusia 25 tahun untuk mendapat bantuan bulanan JKM kerana menjaga pesakit terlantar sepanjang masa.