MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBNPP-MBD SPT-MBM gerakan kerja pembersihan rumah mangsa banjir Machang Bubok

SEBERANG PERAI 22 Sep – Seramai 30 orang sukarelawan belia terlibat dalam melaksanakan kerja-kerja pembersihan di beberapa rumah mangsa-mangsa banjir di sekitar kawasan Machang Bubok, Seberang Perai di sini.

Cuaca yang baik mengizinkan kerja-kerja pembersihan dilakukan dengan lancar bermula dari jam 8.00 pagi dan berakhir 6.00 petang.

Usaha ini digerakkan oleh Majlis Belia Negeri Pulau Pinang dan Majlis Belia Daerah SPT dengan kerjasama Majlis Belia Malaysia (MBM).

Terima kasih kepada semua sukarelawan terlibat dalam usaha kecil ini. Semoga keluarga yang terjejas dengan banjir ini dapat meneruskan kehidupan harian seperti sediakala.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »