MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBN Perak Hantar Bantuan di 6 buah Pusat Pengumpulan Banjir

28 Dis 2014 – Misi Belia Prihatin yang dianjurkan Majlis Belia Negeri Perak telah berjaya menghantar barang keperluan untuk mangsa-mangsa banjir di 6 buah Pusat Pengumpulan Bantuan Mangsa Banjir.
Konvoi dilepaskan oleh YB Dato’ Rusnah Kassim yang mewakili kerajaan negeri pada jam 9.30 pagi disertai oleh Rombongan Ketua Pemuda BN Perak yang diketuai oleh Ketua Pemuda BN Negeri Hairul Anwar Mohamed Noor, Rombongan MBN Perak sendiri yang diketuai Presiden MBN Perak Hasnul Fairuz, Rombongan Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan dan Rombongan BN Youth.
Rombongan ini juga turut sama disertai oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Perak dan juga Rombongan Setiausaha Agong MBM membuat hentian yang pertama di bangunan Wisma Umno Sungai Siput untuk menurunkan barang-barang sumbangan kepada mangsa banjir sekitar daerah Sg Siput.
Selepas Sg Siput, hentian kedua adalah Kuala Kangsar dan barang-barang di hantar ke Pusat Pengumpulan di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Kuala Kangsar dan rombongan seterusnya menuju ke Lenggong, Parit, Bota dan terakhir di Kampung Gajah.
Misi Belia Prihatin MBN Perak ini sampai ke hentian terakhirnya di Pusat Latihan Felcra Changkat Lada Kampung Gajah pada pukul 7.15 petang.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »