KUALA LUMPUR 17 Feb – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan perbincangan secara dalam talian (online) bersama Yayasan KRU berkaitan kerjasama program kesukarelaan yang mensasarkan penyediaan latihan dalam bidang industri kreatif dan ekonomi digital kepada golongan belia B40.
MBM diwakili oleh Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung, Sdr. Mohd Faiz Suhaimi, Exco MBM dan Yayasan KRU diwakili oleh Dato’ Norman Abdul Halim selaku Presiden Lembaga Yayasan KRU.