MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM X Parlimen Malaysia: Belia pimpin masa depan!

KUALA LUMPUR 5 Mac – Majlis Belia Malaysia (MBM) terus mengorak langkah dalam usaha memperkasa suara belia dengan mengadakan sesi kunjungan hormat kepada Yang Di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dato’ Dr. Johari Abdul di Bangunan Parlimen.

Delegasi MBM diketuai Presidennya, Sdr. Mohd Izzat Afifi Hj Abdul Hamid dan beberapa kepimpinan kanan.

Perbincangan hangat berkisar tentang menambahbaik pelaksanaan Parlimen Belia serta pelbagai agenda strategik dalam pembangunan kepimpinan belia Malaysia.

Terdahulu, Tan Sri Speaker berkongsi pengalaman perjalanan beliau dalam gerakan kepemudaan serta memberi pandangan beliau mengenai dinamika kepimpinan belia di Malaysia dan negara-negara jiran ASEAN. Perbandingan ini menuntut akan keperluan dan peluang MBM untuk memperkasakan daya saing belia Malaysia agar lebih bersedia menghadapi cabaran globalisasi.

Sebagai langkah ke hadapan, satu cadangan progresif telah dikemukakan bagi membawa pemimpin pelajar, khususnya dari luar bandar ke Parlimen bagi memberikan mereka pendedahan awal dan pengalaman nyata berkaitan institusi parlimen, sistem demokrasi dan pentadbiran negara.

Dalam usaha mereformasi Parlimen Belia, perbincangan turut menyentuh penambahbaikan sistem pemilihan dengan cadangan memperkenalan ‘Sistem Perwakilan Berkadar’ sebagai inisiatif nafas baharu untuk ekosistem demokrasi negara.

MBM komited untuk terus mengarusperdanakan suara belia, memastikan generasi muda Malaysia mempunyai platform yang dinamik dan inklusif dalam mencorak masa depan negara!

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »