MOSCOW 11 Mac – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan kunjungan hormat kepada Duta Besar Malaysia ke Rusia, Tuan Yang Terutama Dato’ Loon-Lai Cheong bertempat di Mosfilmovskaya Ulitsa.
MBM diketuai Presidennya, Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid menyampaikan perkembangan delegasi Malaysia yang hadir ke World Youth Festival berlangsung di Sochi dari 1-7 Mac 2024.
Turut dibincangkan program-program antarabangsa melibatkan belia Malaysia di Rusia.
MBM juga membangkitkan beberapaisu dan permasalahan pelajar Malaysia di Moscow yang boleh dibantu pihak Kedutaan.
MBM turut memaklukan kepada TYT Duta hasrat mewujudkan perwakilan MBM di Moscow (pelajar-pelajar Malaysia) bagi mewakili MBM ke program-program antarabangsa khususnya di Rusia.
Hadir sama Encik Mohammad Umair Roshidi, Sekretariat Pertama Kedutaan Malaysia; Naib Presiden MBM, Sdr. Khairul Azman Azeez; Bendahari Kehormat MBM, Sdr. Mohd Izham Ahmad; Penolong Setiausaha Agung MBM, Sdr. Abu Kadir Mubarak Ali; Penolong Bendahari Kehormat MBM, Sdr. Iqmal Mahadi dan Presiden MIYC Kebangsaan, Sdr. Dhanesh Basil.
























