MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM-WBS bincang ruang kerjasama perkasa peranan wanita

SHAH ALAM 15 Feb – Majlis Belia Malaysia (MBM) melalui Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita dan Keluarga telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Pegawai Eksekutif Wanita Berdaya Selangor (WBS), Puan Rozeeta @Hidayah Ramli di Pejabat WBS, Shah Alam.

WBS merupakan agensi pelaksana di bawah Exco Pembangunan Wanita Selangor yang diterajui YB Anfaal Saari yang memberi fokus kepada isu kepimpinan, ekonomi dan sosial.

Pertemuan bagi membincangkan ruang kerjasama dalam memperkasa peranan wanita di Selangor khususnya dan Malaysia keseluruhannya.

Delegasi MBM diketuai oleh Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun.

Hadir sama Exco MBM merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Puan Asya Rahman; Naib Presiden Majlis Belia Selangor, Puan Nor Zakiah Azmi serta ahli jawatankuasanya.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »