BANGI 28 September – Majlis Belia Malaysia (MBM) mengalu-alukan sesi konsultansi awal antara NGO dan agensi yang signifikan sebagai badan yang akan menyalurkan sumbangan dan bantuan kepada mangsa bencana yang berlaku.
MBM turut berkongsi kepentingan untuk mempunyai arahan yang jelas di peringkat sesama agensi serta penyaluran maklumat yang terperinci kepada NGO/NGI.
Setiap segmen di peringkat kumpulan yang terkesan harus menerima bantuan yang berbeza dan ini boleh dikelolakan dengan baik jika NGO mendapat maklumat yang tepat.
MBM juga kongsikan tentang mempunyai kumpulan Relawan MBM (RM) yang berbentuk sumber manusia dan relawan mengikut lokaliti Majlis Belia Negeri dan Majlis Belia Daerah.
Sdri. Atiqah Syairah Shaharuddin, Penolong Setiausaha Agung MBM hadir mewakili MBM dalam bengkel anjuran Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) ini.