MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM TUBUH JAWATANKUASA KHAS TINDAKAN EKONOMI MBM (JAKTEM) 2020

Malaysia dan seluruh dunia berhadapan dengan pandemik Covid-19 yang mengancam nyawa manusia. Kesan Covid-19 juga menyebabkan kemelesetan ekonomi yang teruk sekaligus menjejaskan sektor perniagaan, perkhidmatan dan pengangguran yang tinggi.

Rakyat Malaysia khususnya belia amat terkesan dan dikhuatiri kesan penutupan terus beberapa sektor perniagaan dan pengangguran yang lebih besar bakal berlaku selepas Hari Raya Aidilfitri.

Justeru atas kecaknaan isu ini, Majlis Belia Malaysia (MBM) melalui mesyuarat Exco MBM bertarikh 17 Mei 2020 yang lepas telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Khas Tindakan Ekonomi MBM (JAKTEM) yang akan memfokuskan membantu pemulihan ekonomi anak muda.

JAKTEM akan bertindak mempromosi peluang-peluang dan kerjasama pekerjaan dan perniagaan; mengendalikan seminar keusahawanan dalam talian; meneruskan agenda literasi dan pengurusan kewangan; memperkasa agenda kedaulatan makanan (food security) dan pertanian pintar; menggandakan usaha bantuan fizikal (kemanusiaan dan makanan); menerima aduan dan cadangan belia akar umbi; dan menangani jurang digital dan masa depan kerja serta teknologi era Revolusi 4.0.

JAKTEM akan mencakupi belia akar umbi di Sabah dan Sarawak dan akan bekerjasama dengan pelbagai agensi dan pihak.

JAKTEM akan bekerjasama rapat dengan pihak Kerajaan khususnya Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

JUFITRI BIN JOHA
PRESIDEN
MAJLIS BELIA MALAYSIA

Bertarikh : 20 Mei 2020

++++++++++++++++++++++++++++++++

ANGGOTA JAWATANKUASA KHAS TINDAKAN EKONOMI MBM (JAKTEM) 2020-2021

Pengerusi :
Sdr. Jufitri Joha, Presiden MBM

Timbalan Pengerusi :
1. Sdr. Muhammad Fadzli Hasan, Timbalan Presiden MBM
2. Sdr. Lim Swee Bok, Naib Presiden MBM

Setiausaha :
Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM

Penolong Setiausaha :
Sdri. ‘Atiqah Syairah Shaharuddin, Pen. Setiausaha Agung MBM

Anggota-Anggota :
Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita dan Keluarga MBM
Jawatankuasa Tugas-Tugas Khas bagi Belia Borneo MBM
Jawatankuasa Perindustrian, Ekonomi dan Keusahawanan MBM
Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani MBM
Jawatankuasa Penerbitan, Penerangan dan Media MBM
Jawatankuasa Kesukarelawanan MBM
Jawatankuasa Perundangan, Advokasi dan Hak Asasi MBM

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »