Putrajaya 20 Ogos – Dataran Putrajaya dibanjiri oleh orang ramai seawal pukul 6.30 petang untuk menyaksikan Perlawanan Akhir Badminton Perseorangan Lelaki diantara Dato’ Lee Chong Wei menentang Cheng Long dari China. Disini dimeriahkan dengan persembahan kumpulan busking, gerai pameran dan Food Truck yang menjual pelbagai jenis makanan.
Sementara menunggu perlawanan bermula turut diadakan cabutan bertuah yang disampaikan oleh Timbalan Menteri Belia Dan Sukan Malaysia YB Datuk Saravanan A/L Murugan dan dihiburkan dengan kumpulan busking..
Kedatangan Perdana Menteri Malaysia YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak, Datin Seri Rosmah Mansor serta Timbalan Menteri Belia Dan Sukan Malaysia YB Datuk Saravanan A/L Murugan memeriahkan lagi kehangatan menyaksikan perlawanan tersebut.
MBM dihadiri oleh Setiausaha Agung MBM Sdr. Ahmad Saparudin Yusup, Exco MBM Sdr. Wan Husni dan Timb. Presiden Majlis Belia Negeri Kedah Sdr. Hamdan…
Keputusan perlawanan tidak memihak kepada Dato’ Lee Chong Wei tetapi kesungguhan dan kecekalannya tetap memberi kejayaan kepada rakyat Malaysia dengan membawa pulang Pingat Perak.