MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM TERUS TERLIBAT SEBAGAI PEMERHATI PILIHAN RAYA KECIL (PRK) PARLIMEN TANJUNG PIAI

TANJUNG PIAI 2 November – Majlis Belia Malaysia (MBM) terus terlibat sebagai pemerhati Pilihanraya sempena Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai di Johor. Sebelum ini MBM telah pun menjadi pemerhati di beberapa PRK dan PRU ke-14.

Sepanjang tempoh berkempen, pemerhati pilihanraya akan memastikan semua calon dan parti politik yang bertanding mengikuti segala undang undang dan peraturan yang di tetapkan.

Untuk PRK Parlimen Tanjung Piai kali ini, MBM telah menghantar tujuh (7) orang Pemantau Pilihanraya daripada Majlis Belia Negeri Johor (MBNJ) yang diketuai oleh Saudara Nor Azman Bin Hasbullah yang juga Pengerusi Majlis Belia Daerah Kulai.

SPR di dalam kenyataannya telah memaklumkan serama 91 orang pemerhati pilihan raya daripada 13 organisasi seperti agensi kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) serta tiga individu yang berkelayakan telah dilantik untuk memantau perjalanan proses pilihan raya ini.

MBM berharap agar PRK Parlimen Tanjung Piai ini semua pengundi terutamanya pengundi muda dapat beramai ramai menunaikan tanggungjawab mereka memilih Ahli Parlimen yang baharu.

Walaupun calon-calon tidak ‘relflect’ kepada agenda Undi 18 di mana kebanyakkan parti-parti tidak menurunkan calon muda namun MBM berharap lebih ramai calon muda diturunkan pada masa hadapan.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »