MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM terus memperkasa ekonomi belia dan rakyat

SEMENYIH 23 Disember – Majlis Belia Malaysia (MBM) melalui Biro Perindustrian, Ekonomi dan Keusahawanan telah Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) Pembangunan Program Usahawan Belia di Bidang Pemakanan Industri Asas Tani dengan Syarikat Perfect Wealth Solutions (PWS) Sdn. Bhd. bertempat di Gudang Pembekalan Hasil Laut, Semenyih.

YBhg Dato’ Dr. Wasitah Mohd Yusof, Ketua Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negara, Kementerian Belia dan Sukan hadir menyaksikan sesi MoU ini.

Usahasama ini meliputi pembinaan rangkaian penjualan komoditi makanan industri asas tani menerusi strategi menembusi pasaran kaedah mikro, dalam melengkapi rangkaian rantaian bekalan (“supply chain network”) untuk merapatkan jurang masyarakat kepada sumber makanan asas.

Inisiatif ini bukan sahaja dapat mewujudkan peluang perniagaan bagi usahawan belia, bahkan ia akan mendokong Agenda Keselamatan Pemakanan Negara dengan menjadi pemangkin dalam menggiatkan penghasilan dan pengeluaran komoditi makanan industri asas tani dalam negara.

Usahawan yang berminat akan ditawarkan model perniagaan serendah RM3,000 sehingga RM18,000, yang mana pembiayaan boleh dibuat dengan bank tempatan yang sedang diusahakan ketika ini.

Hadir sama Presiden MBM Sdr. Jufitri Joha, Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun dan Exco MBM merangkap Pengerusi Biro Perindustrian, Ekonomi dan Keusahawanan, Sdr. Syed Osman Mohamed.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »