Putrajaya, 12.01.2017 – Majlis Belia Malaysia (MBM) sebagai badan induk gerakan belia terbesar di Malaysia turut berperanan membantu kerajaan dalam hal pembangunan belia berkemahiran. Sejak tahun 2010 hingga kini, Sekretariat 1Belia 1Kemahiran (1B1K-MBM) berperanan dalam menggalakkan belia pelbagai kumpulan sasar untuk mendapatkan latihan kemahiran.
Kunjungan hormat delegasi MBM kepada YB Dato’ Sri Haji Ismail bin Haji Abd Muttalib, Timbalan Menteri Sumber Manusia Malaysia adalah tanda sokongan padu MBM terhadap pembangunan belia berkemahiran. Delegasi MBM di ketuai oleh Tuan Haji Muaa’mar Ghadafi Jamal, Presiden MBM.
Turut serta ialah Rakan Strategik Utama 1B1K iaitu UMP Advance yang berkolaborasi dengan MBM dalam perlaksanaan Program 1B1K-UMP Kompeten: TVET Melalui Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH).
Beberapa isu dan cabaran berkaitan pembangunan latihan kemahiran golongan belia yang memfokuskan kepada belia lepasan sekolah dan belia berkerjaya telah dibincangkan dalam pertemuan selama hampir dua jam.