KUALA LUMPUR, 4 Januari 2017 – Majlis Belia Malaysia (MBM) melalui Federasi Kebangsaan Pekerja Belia (FKPB) telah menerima kunjungan daripada Dr. Khadijah Alavi, seorang Pensyarah Senior Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi membincangkan perkara yang perlu dilakukan oleh MBM dalam menjayakan perlaksanaan FKPB.
Sesi yang lebih kepada perkongsian idea ini antara lainnya menyentuh mengenai kursus-kursus yang sesuai untuk dijadikan silibus serta kebolehpasaran pekerja belia ini di seluruh negara. Selain itu, MBM turut melihat beberapa peluang kerjasama yang boleh dilakukan oleh kedua-dua belah pihak sebagai saling membantu dalam mengiktiraf pekerja-pekerja belia di Malaysia.
Sesi ini dihadiri oleh barisan penggerak FKPB yang diketuai oleh Sdr. Jufitri Joha. Turut hadir Sdr. Hasnul Haniff Harun, Sdr. Thai Ming Yeow dan Sdri.Nurul Huda Mohamed Afendi.