MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM Teroka Dunia Digital di Metadise

KUCHING 28 April – Presiden MBM telah mengadakan lawatan dan perbincangan strategik bersama Metadise sebagai langkah meneroka potensi platform digital untuk belia.

Kunjungan ini disambut oleh Penasihat Metadise, Encik Afiq Fadhli Narawi, dengan perkongsian mengenai peranan syarikat dalam industri esports dan media kreatif.

Metadise dilihat sebagai pemain penting dalam pembangunan kandungan digital merangkumi animasi, pameran, permainan serta inisiatif berteraskan budaya Sarawak, termasuk penerokaan teknologi AI khususnya di negeri ini.

Perbincangan turut memfokuskan peluang kerjasama bagi memperluas penglibatan belia dalam bidang ini.

MBM optimis platform sebegini mampu menjadi pemangkin nilai tambah, sekali gus membuka ruang penjanaan ekonomi baharu buat generasi muda.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »