MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM terima peruntukan RM7 juta daripada KBS

PUTRAJAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyalurkan peruntukan RM7,081,000 kepada Majlis Belia Malaysia (MBM) bagi membantu meningkatkan keberkesanan dan kecekapan urus tadbir pertubuhan belia bagi tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, ia sebagai satu lagi langkah dalam Inisiatif Prihatin Belia dan Sukan (IPBS).

“Peruntukan ini akan memberi manfaat kepada MBM dan 145 badan-badan gabungannya yang terdiri daripada 19 pertubuhan belia peringkat kebangsaan, 14 Majlis Belia Negeri (MBN), 106 Majlis Belia Daerah (MBD) dan enam Pertubuhan Badan Beruniform (PBU).

“Inisiatif ini juga akan membolehkan gerakan pertubuhan belia berjalan dengan baik, diuruskan dengan lebih cekap dan berkesan,” jelasnya menerusi kenyataan akhbar di sini hari ini.

Reezal berkata, KBS memahami kesulitan dihadapi oleh pertubuhan belia khususnya MBM selaku badan induk pertubuhan belia peringkat kebangsaan seperti diperuntukkan di dalam Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668).

“Peranan dimainkan MBM cukup penting selaku rakan strategik KBS dalam mewakili suara belia kepada kerajaan serta bekerjasama menjalankan program dan aktiviti yang berkaitan dengan pembangunan belia khususnya dalam aspek pendidikan, keusahawanan, penyelidikan dan pembangunan sumber manusia,” tegasnya.

Beliau turut merakamkan ucapan tahniah kepada MBM sempena sambutan ulang tahun ke-73 majlis itu yang juga disambut pada hari ini.

Artikel penuh : https://www.utusan.com.my/terkini/2021/07/mbm-terima-peruntukan-rm7-juta-daripada-kbs/?fbclid=IwAR2M_3YAPY0_lkAKUcpkZtImCHidFn3xKGUaVnydvHHN2Yj-p_xmnt4ZrJo

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »