CYBERJAYA 17 Jan – Sempena Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-10 inisiatif ‘Klik Dengan Bijak’ (KDB), Majlis Belia Malaysia (MBM) telah diundang menerima plak penghargaan sebagai rakan strategik KDB anjuran Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang berlangsung di Menara SKMM.
MBM diwakili oleh Ketua Penerangannya, Sdr. Fazril Mohd Saleh selain 11 institusi pendidikan awam, agensi dan NGO.
Sambutan bertemakan ‘Ke Arah Dunia Siber’ ini dirasmikan oleh Menteri Komunikasi dan Digital, YB Fahmi Fadzil.
Majlis ini diadakan sebagai penghargaan kepada rakan strategik KDB yang memainkan peranan penting dalam isu keselamatan siber yang diperkenalkan oleh SKMM sejak tahun 2012.
Hadir sama Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, YB Teo Nie Ching dan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital, Dato’ Sri Haji Mohammad Mentek.
![](https://belia.org.my/wp/wp-content/uploads/2023/01/325954967_587093063298760_1546833428364336376_n-1024x682.jpg)
![](https://belia.org.my/wp/wp-content/uploads/2023/01/326080245_2051128748418598_3972026068537360103_n-1024x683.jpg)
![](https://belia.org.my/wp/wp-content/uploads/2023/01/326149689_561854365967479_2903767599065995742_n-1024x683.jpg)
![](https://belia.org.my/wp/wp-content/uploads/2023/01/WhatsApp-Image-2023-01-17-at-8.23.47-PM-2.jpeg)
![](https://belia.org.my/wp/wp-content/uploads/2023/01/WhatsApp-Image-2023-01-17-at-8.23.48-PM.jpeg)