KUALA LUMPUR 13 Februari – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menerima kunjungan hormat dari MPP USM bertempat di Wisma MBM. Delegasi ini disambut oleh Sdr. Jufitri Joha, Presiden MBM bersama Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM dan Sdr. Mohamad Nazri Abdul Latiff, Exco MBM.
Antara perkara yang dikongsikan MBM dalam kunjung hormat tersebut adalah mengenai latar belakang, aktiviti yang dilaksanakan dan ruang yang boleh dimanfaat bersama oleh para mahasiswa institut pengajian tinggi. Selain itu, pelbagai perkara mengenai mahasiswa juga dikongsikan oleh MPP USM kepada MBM untuk diangkat sebagai perhatian.