MAJLIS BELIA MALAYSIA

MBM Terima Kunjungan wakil Palestinian Cultural Organization Malaysia (PCOM)

Kuala Lumpur | 17 November – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menerima kunjungan daripada wakil Palestinian Cultural Organization Malaysia (PCOM) bertempat di Wisma MBM.

Kunjungan tersebut disambut oleh Sdr. Mohd Izzat Afifi, Presiden MBM bersama Sdr. Farhan Rosli, Exco MBM.

Delegasi PCOM diketuai Dr. Baderuddin dan Sdr. Belal telah menyampaikan rasa jutaan penghargaan kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya anak muda yang tidak henti-henti dalam melontarkan solidariti tidak kira dalam aspek kempen-kempen kesedaran, bantuan kewangan mahupun perhimpunan berkala yang dilakukan.

Antara perkara yang dibincangkan adalah beberapa rangka kerjasama rasmi dan sekali gus mendapatkan perkembangan terkini saudara-saudara kita di bumi Gaza.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »