KUALA LUMPUR 27 Mei – Majlis Belia Malaysia (MBM) hari ini menerima kunjungan daripada wakil Kedutaan Republik Rakyat China di Malaysia, Encik Tang Tang (Chief of Press and Public Communication Section).
Kunjungan tersebut disambut oleh Sdr. Mohd Izzat Afifi Abd Hamid, Presiden MBM dan Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM.
Turut sama, Sdr. Idzham Hakim Mat Rasid, Setiausaha Biro Antarabangsa MBM. Antara perkara yang dibincangkan adalah mengenai kerjasama program pembangunan belia antara Malaysia dan China.
MBM turut berterima kasih kepada pihak Kedutaan China yang telah menyumbang kepada tabung MBM dalam menjayakan program ‘Prosperity Box’ pada tahun lalu.






