KUALA LUMPUR 10 Feb – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menerima kunjungan Dr. Diyana Kasimon, Timbalan Pengarah Universiti Putra Malaysia UPM-UNICEF C4D Centre di Wisma MBM.
Kunjungan ini disambut oleh Sdr. Syafiq Ridzwan Jamaluddin, Penolong Ketua Penerangan MBM.
Antara perkara dibincangkan dalam pertemuan ini adalah mengenai perancangan bagi pelaksanaan Social Behaviour Change Communication Training yang dirancang akan diadakan bersama wakil-wakil badan gabungan MBM.


